Hasil perbendaharaan AS tinggi, niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Janaan AI/RTM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada akhir urus niaga Selasa susulan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pakar strategik Quintex Intel, Stephen Innes, berkata kenaikan hasil jangka pendek hanya mengehadkan momentum kenaikan harga emas buat masa ini.
  • Kontrak niaga hadapan Ogos hingga Februari 2027 susut berperingkat berbanding semalam.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada 182 lot, kepentingan terbuka melonjak kepada 256 kontrak; harga fizikal LBMA ditetapkan US$4,405.80.

Pakar Strategi Global Quintex Intel Stephen Innes memberitahu Bernama peningkatan hasil berkenaan bagi jangka pendek sebaliknya hanya mengehadkan momentum kenaikan harga emas pada masa ini.

Sewaktu pasaran ditutup, kontrak bulan semasa Ogos 2026 susut kepada US$4,393.70 bagi setiap auns troy daripada US$4,402.50 semalam dan September 2026 turun kepada US$4,410.30 setiap auns troy daripada US$4,418.70 sebelum ini.

Kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing turun kepada US$4,426.40 bagi setiap auns troy daripada US$4,434.50 manakala Disember 2026 dan Februari 2027 merosot kepada US$4,434.20 setiap auns troy daripada US$4,442.30.

Jumlah dagangan meningkat kepada 182 lot daripada 132 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 256 kontrak daripada 201 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,405.80 setiap auns troy menerusi penetapan petang London Bullion Market Association pada 17 Ogos 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.