Tahap integriti penjawat awam semakin baik – KSN

Gambar Hiasan/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan melancarkan produk integriti seperti Anugerah Integriti dan Governans yang memberi impak serta hasil memberangsangkan.
  • Program Integrity Fun Walk menjadi platform memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan integriti dan menggalakkan pematuhan nilai harian.
  • Penegasan bahawa integriti bermaksud melakukan kebaikan tanpa harapkan pengiktirafan orang lain, ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata usaha itu termasuk pelancaran beberapa produk integriti kerajaan, seperti Anugerah Integriti dan Governans (AIGA) yang terbukti memberikan impak serta hasil memberangsangkan.

“Semua produk integriti ini kita buat untuk memperbaiki serta memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam. Alhamdulillah sehingga kini, ia telah menunjukkan tanda-tanda usaha kita itu sudah mula berjaya,” katanya selepas merasmikan Program Integrity Fun Walk 2026 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Tan Sri Shamsul Azri yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) berkata ia merupakan platform untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan integriti, serta menggalakkan rakyat berpegang teguh kepada nilai tersebut dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata program yang merangkumi kategori larian tiga dan lima kilometer itu disertai kira-kira 2,000 peserta terdiri daripada penjawat awam, agensi kerajaan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perkara paling penting bagi program ini ialah kita hendak menerapkan kepada semua masyarakat dan juga penjawat awam, bahawa integriti ini bermaksud melakukan sesuatu yang baik tanpa dilihat orang,” katanya.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.