
SABAK BERNAM, 15 Ogos – Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditemukan meninggal dunia selepas tudung dipakainya terbelit pada ‘roller gate’ di Kunci Air Grand Sabak Hotel, hari ini.
- Mangsa wanita berusia 56 tahun ditemukan terbaring di atas gate kunci air.
- JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.35 petang dan tiba tiga minit kemudian.
- Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan untuk menjalankan operasi menurunkan mangsa.
- Operasi terkawal pada 4.06 petang, mangsa disahkan meninggal oleh KKM; mayat diserahkan kepada polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa wanita berusia 56 tahun ditemukan terbaring di atas ‘gate kunci air’ berkenaan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.35 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi tiga minit kemudian.
“Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menurunkan mangsa.
“Operasi terkawal pada pukul 4.06 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya menerusi satu kenyataan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan dan siasatan lanjut.