
AMERIKA SYARIKAT, 12 Ogos – Sebuah helikopter milik Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, melepaskan peluru berpandu ke arah bilik enjin sebuah kapal kargo berbendera Panama yang cuba melanggar sekatan AS terhadap pelabuhan Iran.
- Kapal itu membatalkan pelayaran ke Iran sebagai tindakan penguatkuasaan sekatan AS.
- Sehingga Selasa, tentera AS mengubah haluan 55 kapal dagang yang cuba melanggar sekatan.
- AS melumpuhkan dua kapal dalam usaha melaksanakan sekatan maritim terhadap pelabuhan Iran.
- Iran menuntut penghapusan sekatan untuk membuka semula Selat Hormuz; trafik perkapalan merosot selepas serangan Iran.
Menurut Pusat Pemerintahan Amerika Syarikat (CENTCOM), helikopter MH-60 melepaskan tembakan ke arah kapal M/V Vela Nova selepas anak kapal tersebut mengabaikan beberapa amaran yang diberikan oleh pihak tentera tersebut yang ditugaskan untuk menguatkuasakan sekatan maritim terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran.
Tambah CENTCOM, kapal berkenaan juga turut membatalkan pelayaran ke Iran” sebagai tindakan penguatkuasaan sekatan yang dilaksanakam AS.
Sehingga pada Selasa, tentera AS telah mengubah haluan 55 kapal dagang yang cuba melanggar sekatan berkenaan dan melumpuhkan dua kapal.
Iran sebelum ini menuntut AS menamatkan sekatan terhadap pelabuhannya sebagai sebahagian daripada syarat untuk membuka semula Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas sebelum tercetusnya perang.
Bagaimanapun, trafik perkapalan di kawasan itu merosot dengan ketara susulan serangan Iran terhadap kapal-kapal yang melalui selat berkenaan-AFP