Mourinho sindir Guardiola

Jose Mourinho dan Pep Guardiola masing-masing punyai pandangan berbeza mengenai keperluan berehat daripada dunia bola sepak

LONDON, 11 Ogos — Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho menyindir Pep Guardiola dengan menyifatkan keputusan berehat setahun daripada bola sepak sebagai ‘lemah’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mourinho mengecam konsep cuti sabatikal, menyifatkan setahun rehat sebagai kelemahan dan menolak idea rehat panjang.
  • Dia menegaskan tidak pernah memerlukan rehat dan hanya akan berehat selepas mati, menolak istilah "tahun sabatikal".
  • Berazam bekerja lebih dari 10 tahun, memburu trofi di tempat baru dan mengulang kejayaan di tempat lama; persaingan lama kembali mendapat perhatian.

Mourinho berkata demikian dalam dokumentari terbaharu, The Special One, ketika mengulas mengenai keputusannya untuk terus bekerja dalam bola sepak tanpa mengambil cuti panjang.

“Saya benci ungkapan itu. Bagi saya, setahun untuk pulih bermakna kelemahan. Jangan bercakap dengan saya mengenai tahun sabatikal. Saya tidak pernah memerlukan rehat dan saya akan berehat selepas saya mati,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Guardiola yang mengambil cuti setahun selepas meninggalkan Barcelona pada 2012 sebelum menyertai Bayern Munich pada 2013.

Mourinho berkata beliau tidak dapat membayangkan untuk berhenti daripada bola sepak dalam masa terdekat dan mahu terus memburu lebih banyak trofi.

“Saya akan terus bekerja untuk 10 tahun lagi, tetapi mungkin lebih daripada 10 tahun. Saya mahu memenangi lebih banyak trofi, melakukannya di tempat yang belum pernah saya latih dan mengulanginya di tempat yang pernah saya berjaya,” katanya.

Persaingan Mourinho dan Guardiola kembali menjadi perhatian selepas kedua-duanya sering bertembung ketika Mourinho mengendalikan Real Madrid, manakala Guardiola mengetuai Barcelona. – Agensi

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.