Gempa bumi sederhana gegar berhampiran Suez, Mesir

Foto: USGS

KAHERAH, 3 Ogos- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda kawasan timur laut bandar Suez, Mesir pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

RINGKASAN BERITA AI
  • USGS menyatakan gempa berlaku pada 12.00 tengah malam GMT, berpusat kira-kira 41 kilometer di utara timur laut Suez.
  • Gegaran turut dirasai seorang wartawan AFP di Kaherah.
  • Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan susulan kejadian.
  • Maklumat awal datang daripada USGS dan laporan wartawan AFP.

USGS memaklumkan gempa yang berlaku pada 12.00 tengah malam GMT itu berpusat kira-kira 41 kilometer di utara timur laut Suez.

Gegaran turut dirasai seorang wartawan AFP di ibu negara Kaherah.

Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan susulan kejadian berkenaan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.