Sepanyol sedia cabar Perancis dengan permainan menyerang

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente. Foto/AFP

DALLAS, 14 JULAI – Sepanyol akan menggunakan strategi menyerang dan menguasai permainan pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 menentang Perancis awal pagi Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepanyol sudah membuat analisis terperinci mengenai Perancis dan mengenali kualiti pemain mereka.
  • Pasukan perlu memanfaatkan kekuatan sendiri sambil mengekang kelebihan lawan untuk mencari keseimbangan kemenangan.
  • La Roja akan cuba memenangi setiap perebutan bola, bermain proaktif dan menghadapi tugas getir menentang Les Bleus yang semakin matang.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente menegaskan pendekatan itu bertujuan untuk mengekang kelebihan Perancis yang gemar menggunakan corak serangan pantas.

“Kami sudah membuat analisis terperinci mengenai Perancis. Kami sudah lama mengenali mereka dan mereka memiliki pemain-pemain berkualiti, begitu juga kami.

“Kami perlu memanfaatkan segala kekuatan yang ada dan pada masa sama mengekang kelebihan lawan. Dalam bola sepak, pasukan yang mampu mencapai keseimbangan terbaik biasanya lebih hampir untuk menang.

“Kami akan cuba memenangi setiap perebutan bola, bermain secara proaktif dan memaksakan corak permainan menyerang,” katanya.

Pengendali berusia 65 tahun itu bagaimanapun mengakui skuad La Roja akan berdepan tugas getir pada aksi berkenaan.

Menurutnya, skuad Les Bleus yang juga penyandang juara dunia 2018 telah menunjukkan peningkatan ketara hasil kematangan pemain-pemain mereka.

“Saya fikir mereka kini sebuah pasukan yang lebih baik kerana pemain-pemain mereka semakin matang dan menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh dua tahun ini. Itulah hakikatnya,” tambah La Fuente. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.