FIFA lelong kepingan padang Piala Dunia 2026

Cebisan kecil rumput padang itu dijual pada harga kira-kira US$445.

NEW YORK, 11 JULAI – FIFA akan menjual kepingan padang daripada perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiap cebisan padang ditawarkan sekitar US$445, dijual lengkap dalam akrilik bersama pemacu USB cenderamata.
  • Setiap kepingan mengandungi cebisan rumput asli, dipelihara dalam akrilik premium dan disertakan filem pengesahan ketulenan.
  • Penghantaran hanya akan dilakukan selepas perlawanan akhir pada 19 Julai di New Jersey.
  • Penghantaran terhad ke Amerika Syarikat dan Eropah; rumput ditanggalkan kerana stadium guna padang tiruan untuk pasukan NFL.

Ia bagi memberi peluang kepada peminat sukan bola sepak membeli cebisan kecil rumput padang itu pada harga kira-kira US$445 setiap satu.

“Miliki sebahagian daripada sejarah bola sepak dengan kepingan asli rumput padang Piala Dunia FIFA 2026™ yang dipelihara secara kekal dalam akrilik premium bersama cenderamata pemacu USB.

“Setiap kepingan mengandungi cebisan asli daripada permukaan padang perlawanan akhir yang ikonik, menjadikannya koleksi unik yang meraikan antara acara sukan terbesar dunia. Pemacu USB akrilik itu turut dilengkapi filem pengesahan ketulenan, selain berfungsi sebagai bahan pameran yang moden dan elegan,”menurut keterangan produk itu di kedai dalam talian FIFA.

FIFA turut memaklumkan bahawa setiap item hanya akan dihantar selepas perlawanan akhir pada 19 Julai di New Jersey.

Setakat ini penghantaran hanya disediakan ke Amerika Syarikat serta Eropah.

Rumput padang itu perlu ditanggalkan selepas perlawanan kerana stadium berkenaan menggunakan padang tiruan untuk kegunaan pasukan New York Giants dan New York Jets dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL). -Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.