3.06 juta kilogram e-Waste dibawa keluar

685 kontena telah selesai diperiksa, manakala pengeluaran 531 kontena lagi secara berperingkat menerusi operasi Fasa 2

PELABUHAN KLANG, 6 Julai – 143 kontena yang mengandungi sisa elektronik (e-waste) dengan anggaran berat keseluruhan 3.06 juta kilogram berjaya dibawa keluar dari Malaysia menerusi operasi bersepadu Fasa 1.

RINGKASAN BERITA AI
  • 685 kontena selesai diperiksa; pengeluaran 531 kontena lagi dilaksanakan secara berperingkat menerusi Operasi Fasa 2 bermula 8 Julai.
  • AKPS mengurus e-waste mengikut peruntukan undang-undang melalui pemeriksaan, siasatan dan penguatkuasaan secara sistematik dan berkesan.
  • AKPS mencadangkan 50 syarikat disenarai hitam oleh Kastam; dua syarikat perkapalan digantung lesen kerana enggan keluarkan kontena e-waste.

Kenyataan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal menyebut, sebanyak 685 kontena telah selesai diperiksa, manakala pengeluaran 531 kontena lagi secara berperingkat menerusi operasi Fasa 2, bermula Rabu ini (8 Julai).

“Kontena yang dikenal pasti mengandungi e-waste diurus mengikut peruntukan undang-undang melalui proses pemeriksaan, siasatan serta penguatkuasaan secara lebih sistematik, teratur dan berkesan.

“AKPS turut mencadangkan 50 syarikat disenarai hitam oleh Jabatan Kastam kerana terbabit kegiatan membawa masuk e-waste ke Malaysia, termasuk menggantung lesen dua syarikat perkapalan akibat gagal mematuhi arahan mengeluarkan kontena e-waste mengikut tempoh yang ditetapkan,”katanya.

Kejayaan operasi yang diketuai AKPS mendapat kerjasama Jabatan Kastam, Jabatan Alam Sekitar, SIRIM Berhad, PDRM serta Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.