Ziarah Kasih : Datuk Fahmi santuni pesakit kronik di Parit Sulong

Foto Facebook Datuk Fahmi Fadzil

BATU PAHAT, 5 Julai – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menziarahi dua penduduk yang menghidap penyakit kronik di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan memberi sokongan moral dan menyuntik semangat kepada pesakit kronik.
  • Othman Omar, 78, bekas pengusaha sawit, kehilangan kaki kiri akibat kencing manis dan kini turut menghidap darah tinggi.
  • Shamsinar Salehen, 57, penghidap angin ahmar, terlantar dan menghadapi kekangan pergerakan anggota badan.

Lawatan menerusi program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan itu bagi menyuntik semangat dan memberi sokongan moral kepada pesakit berkenaan.

Salah seorang penduduk yang diziarahi, Othman Omar, 78 tahun, seorang bekas pengusaha kebun sawit yang kehilangan kaki kirinya akibat kencing manis, pada bulan lalu.

Othman berkata dugaan bertambah, apabila beliau turut menghidap penyakit darah tinggi.

“Penyakit saya banyak, semuanya datang serentak. Tempoh rawatan di hospital pun tidak menentu. Jika keadaan bertambah baik, saya boleh keluar selepas seminggu. Namun, jika belum pulih, saya perlu terus mendapatkan rawatan di hospital”, katanya.

Datuk Fahmi Fadzil turut menziarahi seorang penghidap angin ahmar, Shamsinar Salehen, 57 tahun, di Kampung Parit Labis.

Keadaan kesihatannya turut membataskan pergerakan anggota badan dan beliau terlantar di atas katil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.