Israel terus mengganas di Tebing Barat

Israel terus menyerang penduduk Palestin di Tebing Barat. Foto/AFP

RAMALLAH, 26 JUNSeorang lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis, menjadi Insiden keganasan terbaharu Israel di wilayah tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keganasan di Tebing Barat meningkat ketara sejak perang di Gaza bermula Oktober 2023.
  • Tentera Israel mengesahkan melepaskan tembakan selepas dakwaan objek dibaling ke arah anggota keselamatan.
  • Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 1,084 rakyat Palestin, termasuk awam dan pejuang, telah terbunuh.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan maangsa, Mustafa Taha Mustafa Al-Khatib, 32 tahun, meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Israel di kawasan Salfit.

Insiden tersebut menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak awal tahun ini meningkat kepada 72 orang, termasuk 17 kanak-kanak, lima wanita dan dua warga emas.

Israel dalam pada itu mengesahkan mereka melepaskan tembakan selepas mangsa didakwa membaling objek ke arah anggota keselamatan.

Terdahulu pada Rabu, tentera Israel turut membunuh seorang lelaki ketika melakukan serbuan di sebuah bandar di utara Tebing Barat.

Keganasan di Tebing Barat, yang diduduki Israel sejak 1967, meningkat dengan ketara sejak tercetusnya perang di Gaza pada Oktober 2023.

Menurut data Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 1,084 rakyat Palestin, termasuk orang awam dan pejuang bersenjata telah terbunuh.

Pada tahun 2026, sebanyak 71 kematian direkodkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.