Trump: Perjanjian AS-Iran sudah ditandatangani

Trump dan Macron mengadakan pertemuan dua hala sempena Sidang Kemuncak G7 di Perancis/Foto REUTERS

EVIAN-LES-BAINS, 16 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata perjanjian antara Washington dan Tehran telah ditandatangani.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teks penuh memorandum persefahaman akan didedahkan selepas pemeteraian rasmi di Geneva pada Jumaat.
  • Selat Hormuz kini dibuka sebahagiannya dan dijangka dibuka sepenuhnya pada Jumaat.
  • Perjanjian ditandatangani secara digital menurut Naib Presiden, tanpa pelepasan dana; pelonggaran sekatan hanya jika Iran mematuhi syarat.

Manakala teks penuh memorandum persefahaman (MoU) akan didedahkan selepas majlis pemeteraian rasmi di Geneva, Switzerland pada Jumaat ini.

Trump berkata perjanjian itu turut membuka semula Selat Hormuz yang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika bersama Presiden Perancis Emmanuel Macron menjelang Sidang Kemuncak G7 di Perancis.

“Perjanjian itu telah ditandatangani dan Selat Hormuz sudah dibuka sebahagiannya. Pada Jumaat, ia akan dibuka sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden AS, JD Vance memaklumkan perjanjian berkenaan ditandatangani secara digital pada Ahad dan tidak melibatkan sebarang pelepasan dana kepada Iran.

Trump berkata sebarang pelonggaran sekatan terhadap Tehran hanya akan dilaksanakan sekiranya Iran mematuhi syarat yang dipersetujui.

Walaupun masih di peringkat rangka kerja, perjanjian itu disifatkan sebagai perkembangan paling penting setakat ini dalam usaha menamatkan konflik di rantau itu.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata MoU itu akan menjadi asas kepada hubungan baharu antara Washington dan Tehran pada masa hadapan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.