PM berangkat pulang ke ibu negara

FOTO RTM

KOTA KINABALU, 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke ibu negara kira-kira pukul 9.00 malam tadi menaiki pesawat peribadi dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi menghadiri beberapa program rasmi negeri.
  • Beliau merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.
  • PM meninjau pelaksanaan projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negeri.
  • Lawatan diiringi pemimpin negeri dan pegawai kanan, mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sabah.

Keberangkatan Datuk Seri Anwar diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, menteri-menteri kabinet negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi menghadiri beberapa program rasmi yang berlangsung di negeri itu.

Antara pengisian utama lawatan berkenaan ialah perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian negara.

Selain itu, beliau turut meninjau perkembangan serta pelaksanaan projek pembangunan di Sabah yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan Sabah terus diberi perhatian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.