
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Cabaran Malaysia dalam saingan badminton Terbuka Australia berakhir selepas dua wakil terakhir negara iaitu perseorangan lelaki, Justin Hoh dan beregu wanita, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.
- Justin Hoh tewas kepada Moh Zaki Ubaidillah 7-21, 13-21 dalam perlawanan selama 38 minit.
- Moh Zaki akan melawan pemain China Dong Tian Yao di pusingan separuh akhir.
- Beregu wanita Zi Yu-Noraqilah Maisarah tewas kepada Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari 13-21, 17-21.
- Gandingan Indonesia pilihan ketujuh akan berdepan pasangan Taiwan Hsu Yin Hui dan Lin Jhih Yun di separuh akhir.
Pada aksi kejohanan Super 500 yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney, Justin terpaksa akur apabila tewas kepada pemain Indonesia Moh Zaki Ubaidillah 7-21, 13-21 dalam pertarungan selama 38 minit.
Keputusan itu menyaksikan Moh Zaki akan meneruskan kemaraan di pusingan separuh akhir menentang pemain China Dong Tian Yao.
Sementara itu, Zi Yu-Noraqilah Maisarah turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada gandingan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 13-21, 17-21.
Gandingan pilihan ketujuh kejohanan itu akan membuat perhitungan berdepan pasangan Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun di separuh akhir. -BERNAMA