Kebocoran bahan kimia : JAS tahan pemilik, penyelia premis

Tangkapan selepas siasatan rapi mengesahkan perlanggaran serius undang-undang alam sekitar

JOHOR BAHRU, 12 Jun – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan pemilik dan penyelia premis di Pasir Gudang, susulan insiden kebocoran bahan kimia dipercayai Asid Nitrik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan rapi mengesahkan perlanggaran serius undang-undang alam sekitar.
  • Unit penguatkuasaan mendapati premis gagal mematuhi prosedur pengurusan buangan terjadual.
  • Premis juga didapati tidak mematuhi syarat lesen dikeluarkan.
  • Tindakan diambil mengikut Seksyen 16 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; pemantauan udara setakat ini tidak tunjukkan gas berbahaya.

Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, tangkapan dibuat selepas siasatan rapi mengesahkan perlanggaran serius undang-undang alam sekitar.

“Unit Penguatkuasaan mendapati premis berkenaan, gagal mematuhi prosedur pengurusan buangan terjadual, selain gagal mematuhi syarat lesen dikeluarkan.’

“Tindakan mengikut Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,”katanya.

Setakat ini, pemantauan kualiti udara yang dijalankan tidak menunjukkan parameter gas berbahaya di kawasan sensitif.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.