
MORRISTOWN, 9 JUN – Bintang Brazil, Neymar semakin pulih daripada kecederaan betis yang dialaminya menjelang kempen Piala Dunia 2026.
- Konfederasi Brazil berkata imbasan MRI menunjukkan perkembangan, Neymar akan terus ikut jadual pemulihan dan program kecergasan staf perubatan.
- Neymar tidak akan diturunkan untuk latihan padang; hanya berada di gimnasium menurut kenyataan pasukan.
- Ketua jurulatih Carlo Ancelotti menegaskan Neymar berpotensi disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan awal Piala Dunia.
Perkembangan itu dimaklumkan Konfederasi Bola Sepak Brazil berdasarkan imbasan MRI yang dijalankan pada Isnin.
“Neymar akan terus mengikuti jadual pemulihan dan program kecergasan seperti yang dirancang oleh kakitangan perubatan pasukan Brazil.
“Neymar bagaimanapun tidak akan diturunkan untuk menjalani latihan, sebaliknya hanya akan berada di gimnasium.
Sebelum ini, penjaring gol terbanyak Brazil itu disahkan mengalami kecederaan betis awal bulan lalu dan bergelut untuk memulihkan kecergasannya menjelang aksi pembukaan menentang Maghribi pada Sabtu.
Meskipun tahap kecergasan pemain berusia 34 tahun tersebut diragui, ketua jurulatih, Carlo Ancelotti menegaskan, Neymar bersedia untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Brazil pada perlawanan pertama dan kedua Piala Dunia 2026. – AFP