Polis siasat video tular lelaki didakwa warga asing miliki MyKad

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Polis menjalankan siasatan berhubung individu yang didakwa berasal dari Myanmar dan memiliki MyKad seperti video tular di media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan diterima pada 5 Jun, video tular di Facebook melalui akaun 'Na'am Ahmad' mempersoalkan bagaimana individu dakwa dari Myanmar miliki MyKad.
  • Siasatan awal mendapati video adalah rakaman ulang siar oleh pihak kedua dan tiada dokumen pengenalan diri atau MyKad dipaparkan.
  • Kes dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk semakan dan siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat tular.
  • Polis menasihatkan orang awam tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau palsu serta dapatkan sumber rasmi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 5 Jun dan siasatan awal mendapati video tular di Facebook melalui akaun ‘Na’am Ahmad’ yang mempersoalkan bagaimana individu didakwa berasal dari Myanmar boleh memiliki MyKad.

“Hasil siasatan juga mendapati video berkenaan adalah rakaman yang sudah diulang siar oleh pihak kedua.

“Semakan lanjut mendapati turut tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau MyKad dipaparkan dalam rakaman video berkenaan bagi menyokong dakwaan yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya telah merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan semakan serta siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat yang ditularkan.

“Pihak polis turut menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu berkaitan kejadian itu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta mencemarkan nama baik pihak yang terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” ujar beliau lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.