Gunung Berapi Kilauea kembali muntahkan lava

Foto REUTERS

HAWAII, 2 Jun – Gunung Berapi Kilauea di Hawaii kembali memuntahkan lava ke udara pada awal pagi Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman USGS menunjukkan lava memancut dari kawah Halemaʻumaʻu.
  • Saintis USGS melaporkan siri letusan berselang-seli sejak 23 Disember 2024.
  • Terletak di Pulau Besar dalam Hawaii Volcanoes National Park, Kilauea kekal antara gunung berapi paling aktif dunia.

Rakaman video USGS menunjukkan lava memancut keluar dari kawah Halemaʻumaʻu.

Menurut saintis USGS, Kilauea telah mengalami siri letusan berselang-seli sejak 23 Disember 2024.

Ia terletak di Pulau Besar Hawaii dalam kawasan Hawaii Volcanoes National Park, Kilauea kekal sebagai antara gunung berapi paling aktif di dunia.- REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.