Urusan haji kali ini tersusun, sistematik

Dr. Zulkifli Hasan/ BERNAMA

SEPANG, 1 Jun – Pengurusan haji pada tahun ini disifatkan sangat tersusun dan sistematik, malah dilihat mendahului negara lain dalam aspek inovasi pengoperasian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghargai jasa petugas haji, Lembaga Tabung Haji, KKM dan sokongan Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri terhadap pengurusan haji.
  • Penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi, khususnya Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed Salman dan Menteri Haji Dr Tawfiq Al-Rabiah.
  • Tabung Haji mengintegrasi teknologi digital dan AI menerusi aplikasi e-TAIB serta menerima Anugerah Labbaitom dan Diamond Award.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia membuktikan negara mempunyai pengurusan haji terbaik bermula dari persiapan di tanah air sehingga ke tahap pelaksanaan inisiatif Haji Lestari dan Kempen Kebersihan.

“Kita ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas haji, Lembaga Tabung Haji (TH) serta Kementerian Kesihatan (KKM) yang banyak membantu jemaah haji kita. Terima kasih juga kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan berterusan terhadap pengurusan haji di tanah suci.

“Pada masa yang sama, penghargaan turut dirakamkan kepada Kerajaan Arab Saudi, khususnya Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Mohammed Salman, serta Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah selaku Menteri Haji dan Umrah yang banyak memberikan kerjasama dan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tiba dari tanah suci Mekah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Inisiatif Tabung Haji mengintegrasikan penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) antaranya menerusi aplikasi e-TAIB yang melancarkan lagi operasi haji tahun ini.

Malaysia, menerusi Tabung Haji menerima Anugerah Labbaitom daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi buat kali kelima berturut-turut selain mengekalkan Diamond Award buat kali kedua pada musim haji 1447H/2026M.

Ia merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada institusi pengurusan haji terbaik dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.