CS7 himpunkan petarung Malaysia, Indonesia

Pertarungan antara Putra Abdullah (dua dari kiri) dan Ronal Sia bakal menjadi tumpuan.

KUALA LUMPUR, 24 April – Lebih 3,000 penonton dijangka membanjiri arena di WTC Kuala Lumpur bagi menyaksikan pertembungan sengit petarung Malaysia dan Indonesia dalam aksi berprofil tinggi BYON Combat Showbiz 7 (CS7), yang buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertarungan semula Putra Abdullah lawan Ronal Sia menjadi tumpuan.
  • Ammarul Shofiq bakal berdepan Haris Sofyan dalam aksi berprofil tinggi.
  • Kategori wanita menampilkan Winona Karamoy menentang Emmabel Cassandra.
  • CS7 menampilkan perlawanan kejuaraan ICB dan Byon Kickstriking Asia serta dilihat pemangkin perkembangan sukan tempur tempatan.

Antara pertarungan yang mencuri perhatian ialah pertemuan semula Putra Abdullah dan Ronal Sia, selain Ammarul Shofiq yang bakal berdepan Haris Sofyan, manakala dalam kategori wanita, Winona Karamoy dijadual menentang Emmabel Cassandra.

Acara berkenaan akan berlangsung esok dan turut menampilkan perlawanan kejuaraan bagi merebut tali pinggang ICB Championship serta Byon Kickstriking Asia Title yang dijangka menjadi kemuncak malam tersebut.

Menurut kenyataan penganjur, CS7 dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan lebih besar dalam industri sukan tempur tempatan, khususnya dalam usaha memperluaskan pengaruh serta menarik lebih banyak penyertaan di peringkat antarabangsa.