Kurangkan pembaziran makanan ketika kos sara hidup semakin mencabar

Profesor Madya Ts. Dr. Shamsiah Abdullah/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 April – Orang ramai digalak mengurangkan pembaziran makanan ketika kos sara hidup semakin mencabar susulan gangguan rantaian bekalan global akibat konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan setiap makanan disediakan mengikut kuantiti diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
  • Galakkan menanam makanan sendiri dan kebun komuniti di bandar untuk kukuhkan keterjaminan makanan dan kurangkan kebergantungan import.
  • Rancang pembelian dan penyimpanan makanan dengan baik untuk mengelakkan pembaziran serta memastikan bekalan mencukupi.

Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Ts. Dr. Shamsiah Abdullah menekankan keperluan memastikan setiap makanan yang disedia hanya memenuhi kuantiti diperlukan.

Orang ramai juga digalakkan menanam sumber makanan sendiri dan kebun komuniti termasuk di pangsapuri atau di bandar-bandar bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan import.

“Berdasarkan data tahun 2025, Malaysia membazir kira-kira 17 ribu tan makanan sehari, bersamaan 83 juta tan setahun, dengan 24 peratus daripadanya masih boleh digunakan.

“Sekiranya pembaziran ini dapat dikurangkan, jutaan tan makanan berpotensi disimpan sebagai stok atau bekalan untuk tempoh yang lebih lama,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar rakyat merancang pembelian dan penyimpanan makanan dengan lebih baik bagi mengelakkan pembaziran serta memastikan bekalan kekal mencukupi.