
KUALA LUMPUR, 5 April -Terdapat satu kawasan di semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah celcius, setakat pagi ini.
- Lapan kawasan berada pada Tahap Satu berjaga-jaga, dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
- Kawasan terlibat termasuk Perlis dan beberapa daerah Kedah: Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling.
- Status sama direkodkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, beberapa daerah Kelantan, Maran dan Jerantut di Pahang serta Segamat, Johor.
- Cuaca panas dijangka berterusan sekurang-kurangnya tiga hari; rujuk laman rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam laporan kemas kini status cuaca panas memaklumkan kawasan berkenaan membabitkan Kota Setar, Kedah.
Selain itu, sebanyak lapan kawaasan berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celcius.
Menurut METMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Perlis dan beberapa daerah lain di Kedah termasuk Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang Padang Terap, Sik dan Baling.

Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak; Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, Kelantan; Maran dan Jerantut, Pahang; serta Segamat, Johor.
Cuaca panas berkenaan dijangka berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Dalam pada itu, rekod bacaan suhu maksimum harian di Sabah dan Sarawak pula adalah kurang daripada 35 darjah celcius.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia.