
KUALA LUMPUR, 30 MAC – Pelumba negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang merangkul pingat acara pecut individu wanita selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, sebentar tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Nurul Izzah tewas 2-0 kepada Wang Lijuan dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa.
- Wang mencatat 11.235 saat pada perlumbaan pertama dan 11.071 saat pada perlumbaan kedua.
- Wang Lijuan merangkul pingat gangsa acara pecut wanita.
- Pingat emas diraih Yuan Liying selepas menewaskan pelumba Jepun Mina Sato dalam aksi final.
Atlet berusia 23 tahun itu tewas kepada pelumba China Wang Lijuan 2-0 pada perlumbaan penentuan pingat gangsa di Velodrom Tagaytay City.
Pada perlumbaan pertama, Lijuan mencatat masa 11.235 saat (s) sebelum sekali lagi mengetepikan Nurul Izzah pada perlumbaan kedua dengan catatan 11.071s sekali gus merangkul pingat gangsa.
Pingat emas acara itu menjadi milik seorang lagi wakil China Yuan Liying yang menewaskan pelumba Jepun Mina Sato dalam aksi final.-BERNAMA