Cuaca panas : JPN P. Pinang laksana langkah proaktif

Mohamad Dziauddin Mat Saad

GEORGE TOWN, 30 Mac – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar susulan cuaca panas yang sedang melanda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gunakan kemeja-T yang lebih selesa untuk keselesaan pelajar ketika cuaca panas.
  • Sediakan air minuman di sekolah dan galakkan murid membawa bekalan air sendiri.
  • Pastikan pengudaraan bilik darjah baik dan elakkan aktiviti di kawasan terbuka semasa panas.
  • Ibu bapa dimaklumkan supaya kesihatan, kebajikan dan keselamatan anak diutamakan; laporkan segera kepada guru jika murid tidak selesa.

Pengarah JPN Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, ia termasuk penggunaan kemeja-T yang lebih selesa, penyediaan air minuman dan pengudaraan bilik darjah yang baik.

“Jangan berada di tempat yang terdedah kepada cuaca panas. Pastikan minum air mencukupi dan jika berasa tidak selesa, segera maklumkan kepada pihak guru.

“Ibu bapa juga telah dimaklumkan mengenai persediaan ini kerana keutamaan kita adalah kesihatan anak-anak, diikuti kebajikan dan keselamatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Lawatan Pengarah Pendidikan ke Sekolah Bagi Kesediaan Sekolah Patuhi Garis Panduan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor.

Pada masa sama semua murid turut digalakkan membawa bekalan air sendiri dan mengelakkan aktiviti di kawasan terbuka.