Amaran ribut petir di 15 kawasan hingga 1 tengah hari

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 15 kawasan di beberapa negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas di Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang.
  • Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Port Dickson serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.
  • Gempa kuat magnitud 6.0 di Laut Banda pada 2.38 pagi; berpusat 467 km selatan Ambon dengan kedalaman 173 km; tiada ancaman tsunami.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di Selangor, kawasan terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Seremban dan Port Dickson.

Sementara itu di Sarawak, cuaca sama dijangka melanda Kuching, Serian dan Samarahan.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 2.38 pagi tadi.

Gempa itu berpusat pada koordinat 7.9 darjah Selatan dan 127.8 darjah Timur, kira-kira 467 kilometer selatan dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 173 kilometer.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu pada Ahad.