
KOTA KINABALU, 6 Mac– Keselamatan Sabah terus menjadi agenda utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Pemantauan ketat di darat, laut dan udara bagi memastikan kedaulatan negeri terpelihara.
- Kesiapsiagaan tahap tertinggi difokuskan di kawasan sempadan strategik dan laluan perdagangan kritikal.
- Kerjasama erat antara ATM dan agensi termasuk ESSCOM meningkatkan kesepaduan keselamatan negeri.
- Pelan Perintah Ulung ATM merangkumi tujuh tonggak: operasi, integriti dan perolehan aset hadapi cabaran geopolitik.
Pemantauan rapi diperkukuh di kawasan darat, laut dan udara bagi memastikan kedaulatan negeri terpelihara.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, kesiapsiagaan tahap tertinggi difokuskan di kawasan strategik yang bersempadan dengan negara jiran serta laluan perdagangan kritikal.
“Dengan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merangkumi darat, laut dan udara, serta kerjasama erat dengan pelbagai agensi termasuk ESSCOM.”
“Kita dapat melihat kesepaduan yang kukuh dalam memastikan Sabah terus maju ke hadapan, di samping menjamin keselamatan serta keamanan negeri itu,” kata Jeneral Datuk Malek Razak kepada pemberita, pada Khamis (5 Mac).
Beliau ditemui selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.
Dalam kunjungan itu, Datuk Malek turut berkongsi mengenai tujuh tonggak utama dalam Perintah Ulung beliau yang diterjemahkan sebagai pelan tindakan seluruh warga ATM.
Ia merangkumi pemantapan operasi, integriti, serta perolehan aset bagi mendepani cabaran geopolitik semasa.