PM terima kunjungan MB Kelantan, perkukuh kerjasama persekutuan–negeri

FOTO FB ANWAR IBRAHIM


KUALA LUMPUR , 13 Februari
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar berkata, beliau dan Datuk Mohd Nassuruddin turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya dalam mempergiat ikhtiar membantu rakyat Kelantan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan menumpukan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
  • Usaha mempergiat bantuan dan ikhtiar untuk membantu rakyat Kelantan.
  • Penekanan pada peningkatan kesejahteraan hidup dan peluasan peluang ekonomi.
  • Pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang bagi masa depan lebih terjamin.

“Penekanan diberikan kepada peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang,” katanya.

Jelasnya, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan yang lebih terjamin untuk semua.