
KUALA LUMPUR, 11 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sehingga 1.00 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan sehingga 1 tengah hari.
- Lima negeri terlibat: Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.
- Kawasan terjejas termasuk Tumpat, Kota Bharu, Kuantan, Mersing dan Sandakan serta daerah sekitarnya.
MetMalaysia memaklumkan di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Kemaman.
Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan dan Sandakan.