Pengendali akui kehebatan lawan dalam aksi suku pertama Piala Malaysia

Foto Facebook Terengganu FC

KUALA NERUS, 7 Februari -Pada perlawanan suku pertama Piala Malaysia malam tadi, kedua pengendali pasukan mengakui kehebatan lawan masing-masing yang mempunyai kelebihan, kualiti dan individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengendali Kuala Lumpur City akui Terengganu pamer permainan mantap dan strategi sukar diatasi.
  • Tengku Hazman puji persembahan pemain tetapi kesilapan penghujung beri peluang lawan menyamakan.
  • Faktor cuaca dan waktu 5 petang dianggap cabaran; perlu latihan awal untuk sesuaikan kondisi.

Bagi Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Vidakovic Savic Risto, perlawanan pertama menentang Terengganu FC memberi cabaran besar buat pasukannya apabila Terengganu FC menunjukkan permainan mantap dan strategi yang sukar diatasi.

“Saya rasa mereka boleh bermain dengan lebih baik. Walaupun mereka masih membawa masuk pemain baru, bola sepak pada masa ini tidaklah mudah. Saya perlu faham perkara itu, tetapi kita perlu berjuang dengan mereka dalam perlawanan seterusnya.

“Saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar kerana tiada apa yang diputuskan lagi, ini baru satu perlawanan. Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan di Kuala Lumpur,” kata Vidakovic.

Sementara itu bagi pemangku Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tengku Hazman Raja Hassan, keseluruhan persembahan ditunjukan pemainnya adalah baik. Tetapi kesilapan di penghujung perlawanan memberi peluang pasukan lawan menyamakan kedudukan.

“Pada malam ini, saya tengok kita masih ada peluang, tetapi kita masih belum menggunakan peluang sebaik mungkin. Mungkin komunikasi permainan, terutama di tengah, belum begitu baik, jadi kita tidak dapat menandingi kualiti yang ada.

“Selain itu, masuknya pemain kedua, lepas, memberikan lagi impak kepada pasukan lawan. Tapi Alhamdulillah, setakat ini kita berjaya menyerap tekanan dengan baik,” katanya.

Pada masa sama Tengku Hazman mengakui mengakui faktor cuaca dan waktu perlawanan pukul 5.00 petang bakal menjadi cabaran utama pada aksi suku akhir kedua nanti pada 15 Februari ini.

“Kita perlu buat perubahan. Mungkin semasa latihan, kita perlu mula lebih awal supaya kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca.

“Sebelum ini, ketika kita bermain dengan mereka, saya perhatikan semua pemain saya agak bergelut dalam 15 hingga 20 minit pertama. Saya tidak mahu perkara ini berlaku lagi,” katanya lagi.