Dokumentari Ramadan ‘Nawaitu’ tampil kelainan

Penerbit,, Mohd Nazree Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Dokumentari khas Ramadan Nawaitu bakal memberi nafas baharu kepada penonton dengan kelainan dari segi persembahan dan naratif, termasuk episod yang memaparkan susuk dan tarian kuda kepang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dokumentari Ramadan Nawaitu hadir dengan persembahan dan naratif yang berbeza, menawarkan kelainan kepada penonton.
  • Menampilkan elemen unik seperti susuk dan tarian kuda kepang dalam beberapa episod.
  • 15 episod mula ditayangkan 19 Februari, memberi inspirasi dan persoalan berdasarkan kisah kehidupan sebenar.

Siri 15 episod ini akan ditayangkan mulai 19 Februari, setiap pukul 6 petang di TV1 dan platform digital RTMKLIK.

Penerbit dokumentari, Mohd Nazree Mohamed, berkata program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV (UMD TV RTM) itu memberi ruang kepada penonton untuk menilai, berfikir, dan mengambil inspirasi daripada kisah yang diadaptasi daripada kehidupan sebenar serta realiti masyarakat.

“Dari segi suntingan, persembahan dan penyampaian isi kandungan, ia memang berbeza dan ada kelainannya. Saya harap penonton menonton kesemua 15 episod kerana setiap satu akan memberi persoalan atau jawapan tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.