
BETONG, 5 Februari- Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Batu Lintang di sini, petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Mayat mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
- Bomba menggunakan pakaian pelindung diri untuk membawa mayat keluar dari sungai.
- Seramai 10 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi pencarian.
- Operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.45 petang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 2.40 petang.
Mayat mangsa, Frengkie Empaga Baba, ditemui tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Bomba yang lengkap dengan pakaian pelindung diri (PPE) membawa mayat berkenaan keluar dari sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Seramai 10 anggota membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi pencarian.
Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.45 petang.