Sembilan bidang pekerjaan bawah perlindungan Akta Gig 2025

Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Sebanyak sembilan bidang pekerjaan kini diletakkan bawah perlindungan Akta Gig 2025 sebagai langkah kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja gig, sejajar perubahan landskap buruh negara yang semakin dipacu digitalisasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akta Gig 2025 meletakkan sembilan bidang pekerjaan bawah perlindungan untuk memperkukuh keselamatan sosial pekerja gig.
  • Pekerja gig diwajibkan berdaftar dan mencarum di Skim Lindung Kendiri PERKESO dengan pelbagai faedah perlindungan.
  • Kementerian fokus meningkatkan kesedaran serta menyediakan platform upskilling dan reskilling untuk mencapai objektif Akta Gig 2025.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, antara bidang terlibat merangkumi lakonan, perfileman, muzik, estetik, terjemahan, kewartawanan, penjagaan pra dan pasca kehamilan.

“Selain itu, pekerja gig diwajibkan untuk berdaftar dan mencarum di bawah Skim Lindung Kendiri PERKESO. Skim ini menyediakan pelbagai manfaat, antaranya faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan kekal.

“Elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan serta latihan vokasional, faedah kepada orang tanggungan, faedah pengurusan jenazah, selain faedah pinjaman pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan Rakyat hari ini.

Pengenalan Akta Gig 2025 bertujuan memastikan perlindungan sosial dapat dilaksanakan secara jelas kepada pekerja gig, khususnya golongan muda yang semakin ramai memilih sektor itu sebagai sumber pendapatan.

Sehingga 31 Disember 2025, seramai 869,913 orang bekerja sendiri telah berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah skim berkenaan, dengan 299,674 daripadanya terlibat dalam sektor gig termasuk pekerja e-panggilan.

Kementerian turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran serta menyediakan platform upskilling dan reskilling bagi memastikan objektif pelaksanaan Akta Gig 2025 dapat dicapai secara menyeluruh.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan