Hubungan perdagangan, penerokaan pasaran baharu terus diperkasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan cek Geran Tahunan Kerajaan kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada program Temu Anwar di TAR UMT, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan perdagangan yang strategik serta penerokaan pasaran baharu bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan perdagangan strategik untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.
  • Penerokaan pasaran baharu seperti Afrika Selatan, Brazil dan Peru dijalankan secara lebih agresif tahun ini.
  • Pengukuhan asas ekonomi dan penyelarasan dasar nasional perlu diperkukuh bersama matlamat pembangunan dan perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tahun ini, kerajaan mengambil pendekatan lebih agresif dengan membuka jalur kerjasama ekonomi ke negara-negara seperti Afrika Selatan, Brazil dan Peru.

”Baru-baru ini saya terangkan di parlimen tentang kenaikan perdagangan Malaysia dengan negara-negara baru, maknanya ia adalah pasaran baru untuk kepentingan negara kita.

“Kalau ini diteruskan, ia akan mengembangkan peluang ekonomi, peluang pekerjaan”, katanya pada sesi soal jawab program Temu Anwar di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Kuala Lumpur.

Menurut beliau, pengukuhan asas ekonomi menjadi keutamaan dan tidak boleh diketepikan walaupun berdepan pelbagai isu lain.

Beliau menegaskan semua dasar nasional, termasuk pembangunan dan perpaduan negara, mesti digerakkan seiring dengan matlamat memperkukuh asas serta kekuatan ekonomi negara.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan