Proses serah Bintulu Port kepada Sarawak di peringkat akhir

Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Proses penyerahan pengurusan Pelabuhan Bintulu (Bintulu Port) kepada Kerajaan Negeri Sarawak kini berada di peringkat akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelabuhan masih berstatus Pelabuhan Persekutuan dan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Bintulu sehingga Akta pembubaran dikuatkuasakan.
  • Jawatankuasa teknikal Persekutuan dan negeri meneliti aspek perundangan untuk memenuhi semua obligasi sebelum tarikh kuatkuasa.
  • Pengambilalihan termasuk kawalan, seliaan dan pengurusan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
  • Sarawak bersetuju membayar RM1.8 bilion untuk mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ketika ini, pelabuhan itu masih berstatus Pelabuhan Persekutuan dan berada di bawah seliaan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) sehingga Akta Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 dikuatkuasakan.

“Jawatankuasa teknikal bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri sedang meneliti aspek perundangan bagi memastikan semua obligasi dipenuhi sebelum tarikh kuat kuasa akta ditetapkan.

“Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil alih kawalan, seliaan dan pengurusan Pelabuhan Bintulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Sarawak bersetuju mengambil alih LPB daripada Kerajaan Persekutuan pada harga RM1.8 bilion.

Anthony Loke menjawab soalan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew mengenai status semasa pelabuhan dan jumlah bayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan