JBPM rekod lonjakan kebakaran terbuka di Melaka

Pengarah JBPM Melaka, PPjB Mohd Zaidi Maat/Foto RTM

BUKIT KATIL, 3 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 258 laporan kebakaran terbuka setakat Januari 2026 berbanding 57 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan ketara laporan kebakaran terbuka kepada 258 kes setakat Januari 2026 berbanding tahun lalu.
  • Kebakaran belukar atau lalang paling banyak direkodkan, dengan 664 kes bagi seluruh 2025.
  • JBPM Melaka terima 5,162 panggilan kecemasan; empat panggilan adalah palsu.
  • Orang awam dinasihatkan berjaga-jaga aktiviti api; kempen Teman Pili Bomba dilaksanakan untuk kurangkan vandalisme.

Pengarah JBPM Melaka, PPjB Mohd Zaidi Maat berkata bagi keseluruhan tahun 2025, sebanyak 778 kes kebakaran terbuka direkodkan.

Beliau berkata kes tertinggi membabitkan kebakaran belukar atau lalang dengan 664 kes, diikuti kebakaran sampah 94 kes, kebakaran kebun dan ladang 17 kes serta tiga kes kebakaran hutan.

JBPM Melaka turut menerima 5,162 panggilan kecemasan dan empat daripadanya merupakan panggilan palsu.

Keadaan itu katanya membimbangkan kerana Januari masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang lazimnya menerima taburan hujan lebih tinggi.

“Keadaan ini agak membimbangkan dan orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti melibatkan api di kawasan terbuka termasuk memancing, berkelah dan berkhemah serta sama-sama mengawasi keadaan sekeliling.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Melaka 2026 di Bukit Katil, Melaka.

Tambahnya, JBPM Melaka akan melaksanakan kempen Teman Pili Bomba pada tahun ini bagi mengurangkan vandalisme terhadap pili bomba di negeri itu.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan