
KUALA LUMPUR, 3 Februari – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, di Istana Negara, di sini.
- Seri Paduka menerima taklimat mengenai hal ehwal agama Islam dan pelaksanaan program pembangunan ummah.
- Perbincangan turut memfokuskan inisiatif pengukuhan syiar Islam di peringkat Persekutuan.
- Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Wilayah hadir sama semasa menghadap.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menerima taklimat mengenai hal ehwal agama Islam, pelaksanaan program pembangunan ummah serta inisiatif pengukuhan syiar Islam pada peringkat Persekutuan.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.
Sementara itu, Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
Hadir sama, Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Khusairi Ahmad Fadli.