MFL gesa kelab kawal tingkah laku penyokong

33 penyokong Selangor FC direman di Terengganu/Foto Orang Awam

KUALA LUMPUR, 2 Februari – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggesa semua kelab supaya memantau dan mengawal tingkah laku penyokong masing-masing bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam serta keselamatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • MFL menggesa semua kelab pantau dan kawal tingkah laku penyokong untuk elak gangguan ketenteraman dan keselamatan.
  • MFL menolak sekeras-kerasnya unsur negatif dan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penyokong.
  • Tingkah laku tersebut boleh cemarkan imej bola sepak tempatan dan menjejaskan semangat kesukanan.
  • 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan selepas perlawanan.

MFL, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan bahawa pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang unsur negatif dan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh segelintir penyokong bola sepak tempatan.

Menurut MFL, sikap dan perlakuan sedemikian bukan sahaja mencetuskan gangguan terhadap ketenteraman dan keselamatan awam, malah mampu mencemarkan imej bola sepak tempatan yang seharusnya menjadi platform penyatuan serta memupuk semangat kesukanan.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan berkenaan.

Susulan kejadian itu, seramai 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan.

Insiden berlaku sebelum perlawanan Selangor FC menentang Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan