Literasi digital ibu bapa benteng keselamatan dalam talian

Jamilah Samian

KUALA LUMPUR, 2 Februari Usaha mewujudkan program literasi digital khusus buat ibu bapa dilihat penting bagi memastikan mereka cakna akan peningkatan risiko jenayah terhadap kanak-kanak khususnya persekitaran dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ibu bapa perlu program literasi digital untuk faham risiko pendedahan anak kepada permainan dan laman dalam talian.
  • Walau ada akta dan mekanisme, tanggungjawab utama keselamatan dalam talian tetap terletak pada ibu bapa.
  • Keprihatinan komuniti dan tindakan awal jiran membantu melindungi kanak-kanak serta memelihara keharmonian kejiranan.

Perunding Keibubapaan, Jamilah Samian berkata, walaupun pelbagai akta dan mekanisme perlindungan telah diwujudkan, benteng keselamatan utama masih terletak di bahu ibu bapa.

“Sebab itu perlu diwujudkan satu program supaya ibu bapa tahu apakah risiko apabila mendedahkan anak-anak kepada permainan dalam talian dan pelbagai laman di luar sana.

“Isu ini kadangkala dianggap remeh kerana kita merasakan anak-anak sudah pandai membezakan perkara baik dan buruk, sedangkan hakikatnya tidak semestinya begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) merupakan langkah penting dalam menangani ancaman jenayah siber terhadap kanak-kanak.

Menyentuh peranan komuniti sebagai benteng pencegahan jenayah, Jamilah menjelaskan bahawa keprihatinan jiran tetangga serta tindakan awal masyarakat setempat mampu membantu memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terpelihara.

Keakraban dalam komuniti bukan sahaja berupaya mengurangkan risiko jenayah, malah turut memastikan suasana kejiranan kekal selamat, harmoni dan sejahtera.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan