JIM nafi pertindihan aplikasi autogate kod QR

Warganegara Malaysia diberi kemudahan autogate yang ditambah baik dengan sistem kod respon pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlaku pertindihan penggunaan aplikasi bagi tujuan pelepasan imigresen melalui autogate kod respons pantas (QR).

RINGKASAN BERITA AI
  • JIM nafikan dakwaan pertindihan penggunaan aplikasi autogate QR; ini fasa peralihan sementara.
  • MyNIISe sedang dibangunkan sebagai platform tunggal menggantikan sistem imigresen secara berperingkat.
  • MyBorderPass adalah langkah sementara ujian konsep sejak 2024 untuk kurangkan kesesakan autogate terpilih.
  • JIM akan perkukuh pendigitalan dan penggunaan AI untuk perkhidmatan imigresen lebih cekap serta selamat.

JIM menerusi satu kenyataan memaklumkan, situasi semasa merupakan fasa peralihan sementara bagi memastikan pembangunan sistem baharu dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kelancaran operasi pintu masuk negara, tahap keselamatan sempadan serta kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

“Struktur sebenar pelaksanaan inisiatif ini yang dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama negara serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan imigresen kepada rakyat dan pelawat.” menurut kenyataan itu.

JIM menjelaskan bahawa aplikasi MyNIISe kini sedang dibangunkan sebagai platform tunggal bagi menyatukan semua urusan dan perkhidmatan imigresen secara digital di bawah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), yang akan menggantikan sistem sedia ada secara berperingkat.

Sementara itu, MyBorderPass yang mula digunakan sejak 2024 merupakan langkah sementara melalui ujian konsep bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama negara menggunakan autogate Kod QR terpilih.

MyDigitalID pula berfungsi sebagai platform identiti digital kebangsaan yang digunakan sebagai mekanisme pengesahan identiti secara selamat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan.

Dalam masa sama, JIM akan terus memperkukuh agenda pendigitalan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi menyediakan perkhidmatan imigresen yang lebih cekap, selamat dan mesra pengguna demi kepentingan rakyat serta keselamatan negara.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan