
JAKARTA, 24 Januari -Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 82 lagi dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut Agensi Pengurusan Bencana negara itu pada Sabtu.
- Operasi mencari dan menyelamat dioptimumkan untuk menjejaki ramai mangsa yang dilaporkan hilang.
- Hujan lebat berterusan dan amaran cuaca ekstrem menyumbang kepada kejadian tanah runtuh di wilayah itu.
- Beberapa kampung di Bandung Barat diliputi tanah runtuhan, menimbulkan ancaman keselamatan komuniti setempat.
Kejadian tersebut berlaku susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.
Media melaporkan, sebahagian kawasan kampung di wilayah Bandung Barat itu dilitupi tanah runtuhan.
“Jumlah mangsa yang hilang adalah tinggi dan kami akan berusaha mengoptimumkan operasi mencari dan menyelamat sepanjang hari ini,” kata jurucakap agensi berkenaan, Abdul Muhari, kepada Reuters.
Sebelum ini, Agensi Meteorologi Indonesia telah mengeluarkan amaran cuaca ekstrem, termasuk hujan lebat berterusan di wilayah Jawa Barat selama seminggu bermula Jumaat, lapor portal berita tempatan Kompas.com. – REUTERS