Jejambat SDE dibuka, tol percuma dua bulan

Inisiatif tol percuma di Plaza Tol Bestari Perdana dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15 ribu penduduk serta pengguna lain yang menggunakan laluan itu/Foto FB Alexander Nanta Linggi

JOHOR BAHRU, 22 Januari – Jejambat di Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) akhirnya dibuka secara rasmi untuk kegunaan pengguna jalan raya hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jejambat Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dirasmikan dan dibuka untuk kegunaan orang awam.
  • Tol di Plaza Tol Bestari Perdana ditangguhkan dan diberi percuma selama dua bulan sehingga Aidilfitri.
  • Inisiatif dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 penduduk serta pengguna laluan berkenaan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan tol percuma di Plaza Tol Bestari Perdana selama dua bulan bermula hari ini sehingga Hari Raya Aidilfitri.

“Seperti mana apabila kita buka kemudahan begini, selalunya kita beri ruang kepada pengguna menggunakannya secara percuma selama sebulan.”

“Tetapi kali ini ada sedikit keistimewaan kerana atas rayuan kerajaan negeri dan juga Perdana Menteri sendiri yang berucap, maka kita bersetuju untuk menangguhkan kutipan tol,” katanya selepas merasmikan Jejambat dan Plaza Tol Bestari Perdana SDE, Meridin East di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15 ribu penduduk serta pengguna lain yang menggunakan laluan itu.

Ketika ini, kadar tol bagi laluan berkenaan masih belum ditetapkan dan berada dalam fasa perbincangan untuk menetapkan kadar yang bersesuaian.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan