
ADEN, 22 Januari – Satu letupan yang menyasarkan konvoi kumpulan bersenjata yang disokong Arab Saudi telah membunuh lima orang di bandar Aden, selatan Yaman, pada Rabu dan mencederakan komander unit yang berpihak kepada kerajaan, menurut pegawai.
- Letupan di tepi jalan menyasarkan konvoi kumpulan bersenjata pro-Arab Saudi di Aden, mengorbankan lima anggota.
- Komander Briged Kedua Giants, Brigedier Jeneral Hamdi Shukri, cedera serpihan tetapi terselamat.
- Tidak ada kumpulan menuntut bertanggungjawab; gabungan tentera Arab Saudi dan kedutaan AS mengutuk serangan.
Majlis Kepimpinan Presiden Yaman, yang disokong Riyadh, dalam satu kenyataan berkata, serangan kejam itu yang menyasarkan konvoi konvoi Komander Briged Kedua Giants, Brigedier Jeneral, Hamdi Shukri.
“Serangan telah mengorbankan lima wira angkatan bersenjata kami dan mencederakan tiga lagi”, katanya.
Sumber keselamatan memberitahu AFP bahawa bom kereta meletup di tepi jalan di kawasan Ja’awla, utara Aden, ketika konvoi kumpulan itu melintas. Hamdi Shukri selamat, namun mengalami kecederaan serpihan di kaki, menurut sumber perubatan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, yang berlaku susulan pertempuran di selatan antara puak-puak kerajaan Yemen.
Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi mengutuk serangan ke atas konvoi itu dan menegaskan sokongan terhadap usaha keselamatan Yaman untuk menjejaki pihak terbabit dalam perbuatan jenayah tersebut. Kedutaan Amerika Syarikat di Yaman turut mengecam serangan itu.
Konflik berterusan antara kerajaan Yaman dan Huthi sejak 2015 telah meragut ratusan ribu nyawa serta mencetuskan krisis kemanusiaan besar di negara itu.-AFP