Banjir Pulau Pinang: Penyelarasan bantuan penduduk terjejas pada tahap terbaik

TASEK GELUGOR, 26 Oktober – Penyelarasan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Pulau Pinang berada pada tahap terbaik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyelarasan bantuan banjir di Pulau Pinang berada pada tahap terbaik melalui kerjasama pelbagai agensi.
  • Agensi terlibat termasuk PDRM, JKM dan APM memainkan peranan penting dalam pengurusan bantuan.
  • Pengalaman menghadapi bencana sebelumnya memperkukuh koordinasi dan pengurusan di semua peringkat.
  • Pusat pemindahan sementara menguruskan mangsa dengan teratur, mencerminkan kesiapsiagaan dan respon berkesan.

Ia hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pengalaman berdepan bencana sebelum ini membantu memperkukuh pengurusan dan koordinasi di semua peringkat.

“Semua dalam keadaan terurus melibatkan pejabat daerah di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya.

“Penyelarasan berjalan dengan baik kerana kita sudah pernah menghadapi situasi seperti ini, jadi ia bukan sesuatu yang baharu. Alhamdulillah, dalam tempoh tiga hari ini pengurusan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi.

PPS tersebut menempatkan seramai 377 individu daripada 106 keluarga.