Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Impiana Hotels Dilantik KCC Development Urus Impiana-KCC Hotel Senai

  • Published in Ekonomi

Kuala Lumpur - Impiana Hotels and Resorts Management telah dilantik oleh KCC Development Sdn Bhd untuk menguruskan Impiana-KCC Hotel Senai, di Johor.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar, GDV sebanyak 50 juta ringgit hotel bertaraf empat bintang itu dijangka siap pada akhir tahun ini.

Lokasi hotel ini yang berada lapan minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sangat strategik dan mampu menarik ramai pengunjung.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian pengurusan antara KCC dan Impiana.