Thursday, 8 December 2022

Jin Wei tumpas di tangan pemain Vietnam dalam aksi akhir

  • Published in Sukan

(Goh Jin Wei tewas kepada Nguyen Thuy Linh)

HO CHI MINH, 3 Oktober- Hasrat perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei untuk memenangi gelaran sulungnya dalam Jelajah Dunia BWF tidak kesampaian apabila tewas dalam perlawanan akhir badminton Terbuka Vietnam petang Ahad.

Jin Wei terpaksa akur dengan kehebatan wakil tuan rumah, Nguyen Thuy Linh.

Pada pertemuan yang berlangsung di Ho Chi Minh itu, Thuy Linh nyata menguasai permainan apabila menang dengan keputusan 21-15, 21-13 dalam tempoh 32 minit.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu selepas tempoh empat tahun.

Kali terakhir Jin Wei bermain di final adalah pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia, Markham Kanada pada 2018 yang menyaksikannya dimahkotakan dengan gelaran juara dunia buat kali kedua.

Jin Wei dijadualkan beraksi di Masters Indonesia yang akan berlangsung pada 18 hingga 23 Oktober.

(Aksi Jin Wei pada perlawanan akhir badminton Terbuka Vietnam)