Tuesday, 21 March 2023

Mbappe, ketua pasukan baharu Les Bleus

(Kylian Mbappe / AFP)

CLAIREFONTAINE-EN-YVELINES, 21 Mac- Kylian Mbappe dinamakan sebaga pengganti Hugo Lloris sebagai ketua pasukan Perancis, setelah penjaga gol itu bersara.

Penyerang Paris Saint-Germain Mbappe, 24, menerima untuk menggalas tanggungjawab itu selepas perbincangan dengan jurulatih Didier Deschamps pada Isnin.

Penjaga gol Tottenham, Lloris menamatkan karier antarabangsanya pada Januari selepas tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia sebulan sebelumnya.

Lloris, 36, telah menjadi ketua pasukan selama lebih sedekad.

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dinamakan sebagai penolong ketua pasukan selepas bek tengah Manchester United, Raphael Varane turut menggantung but selepas kekalahan kepada Argentina pada Disember.

Mbappe, yang telah beraksi 66 kali untuk negaranya, telah dikaitkan dengan peranan itu selama beberapa minggu dan menjaringkan hatrik dalam kekalahan final Piala Dunia selepas membantu Les Bleus merangkul kejuaraan pada 2018.

Bekas penyerang Monaco itu adalah penolong ketua pasukan di PSG di belakang Marquinhos dari Brazil dan mengetuai pasukan semasa ketiadaan pemain pertahanan itu semasa kekalahan pada Ahad kepada Rennes.

Aksi pertamanya sebagai kapten ialah perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Belanda di Stade de France.- AFP


(Kylian Mbappe / AFP)

  • Written by Media Baharu
  • Category: Sukan
  • Hits: 432