Monday, 27 March 2023

Gempa Turkiye dan Syria, penglibatan NGO digalakkan

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kementerian Luar Negeri hari ini mengadakan perbincangan bersama 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Ia bagi memberi penerangan berhubung situasi semasa di lapangan serta menyelaras penyaluran bantuan secara teratur dan selamat.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri turut menyebut, penglibatan NGO dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria sangat dialu-alukan.

Sementara itu, semua pihak NGO yang ingin menyertai dan menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria diminta berdaftar dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi tujuan penyelarasan.

Tabung Bencana Gempa Bumi di Turkiye dan Syria di bawah seliaan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menerima sumbangan orang awam kepada mangsa-mangsa bencana ini.


(FOTO BERNAMA)