Tuesday, 21 March 2023

Piala Dunia 2022: MYTV tampil sebagai penaja siaran RTM

  • Published in Semasa

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud (TENGAH) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MYTV,
Mohamed Helmi Harith serta pegawai/
Unit Foto RTM)

KUALA LUMPUR, 10 November- Menjelang 10 hari sepak mula Piala Dunia Qatar 2022, Syarikat MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) tampil selaku penaja siaran di Radio Televisyen Malaysia, RTM.

Inisiatif itu bagi merealisasikan pengalaman terbaik siaran bola sepak berprestij buat seluruh Keluarga Malaysia secara percuma di platform MYTV.

Majlis menandatangi persetujuan penajaan diwakili Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Mohamed Helmi Harith.

RTM tampil menyiarkan 41 perlawanan iaitu 27 siaran langsung dan 14 siaran tertunda.

Kesemua perlawanan tersebut boleh ditonton di saluran TV2, TV Okey dan Saluran Sukan RTM.

"Kalau ada lagi penaja-penaja yang ingin menaja siaran kita ini,kita masih lagi buka kepada mana-mana penaja yang berminat kerana bola sepak ni semua orang minat dia punya tontonan sangat tinggi," kata Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Che Roslan.

MYTV yang kini mempunyai 5 juta penonton dijangka bakal meningkat kepada 8 juta penonton sedikit masa lagi.

"MYTV sebenarnya memberi kepada rakyat satu pengalaman secara percuma dimana rakyat dapat menonton bola sepak bertaraf dunia tanpa sebarang bayaran langganan bulanan, kualiti yang kami sediakan adalah kualiti HD dan tidak diganggu oleh keadaan cuaca," katanya Azlina Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi MYTV.

Bagi edisi Piala Dunia kali ini, RTM turut tampil dengan tujuh pengacara sukan dan 12 pengacara jemputan yang terdiri daripada bekas pemain dan jurulatih kebangsaan.

Selama 20 tahun RTM tidak putus membida hak penyiaran sama ada siaran langsung mahupun siaran tertunda bagi membolehkan rakyat Malaysia mentonton kejohanan empat tahun sekali itu secara percuma.


(Datuk Che Roslan Che Daud (KIRI) dan Mohamed Helmi Harith menunjukkan MoU yang dimeterai)

(Foto disediakan Unit Foto RTM)