Tuesday, 29 November 2022

Ismail Sabri lawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi

  • Published in Semasa

(Ismail Sabri melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi)

ABU DHABI, 29 September- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat Masjid Sheikh Zayed antara masjid terbesar di dunia sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Masjid itu merupakan masjid yang terbesar di UAE.

Ismail Sabri turut menunaikan solat di masjid itu yang memegang rekod dunia bagi pemilikan permaidani tenunan tangan terbesar serta mempunyai salah satu lampu gantung yang terbesar bagi sebuah masjid.

Sejurus tiba, Perdana Menteri disambut Ketua Pengarah Masjid tersebut, Dr Yousif Al Obeidli sebelum dibawa melawat sekitarnya.

Perdana Menteri kemudiannya turut melawat Wahat Al-Karama, sebuah tugu peringatan untuk menghormati pahlawan UAE yang syahid

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Hal Ehwal Para Syuhada, Sheikh khalifa bin Tahnon Al Nahyan.

Perdana menteri tiba di Abu Dhabi pada Isnin untuk lawatan kerja empat hari ke UAE.

Beliau turut melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

(Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi)