Tuesday, 21 March 2023

200 keluarga terima sumbangan Sinar Kasih Ramadan

(Setiap keluarga akan menerima RM600 bagi keperluan berbuka dan bersahur
sepanjang Ramadan)

HULU SELANGOR, 21 Mac- 200 keluarga terpilih di Selangor akan menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tahun ini.

Setiap keluarga akan menerima RM600 bagi keperluan berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berterima kasih kepada penyumbang individu dan organisasi yang telah menghulur sumbangan bagi meringankan beban mereka.

"Kita berharap sangat supaya bantuan ini memanfaatkan," kata beliau.

Bagi fasa pertama, 100 keluarga terpilih akan menerima sumbangan ini sebelum Ramadan manakala bakinya akan diberi pada bulan Ramadan.

"Insya-Allah akak akan guna sebaik mungkin bantuan yang ada ini untuk keperluan Hari Raya nak bagi anak-anak seronok setahun sekali. Alhamdulillah dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga kami," kata penerima sumbangan, Marliana Rejab.

"Seronok gembira sebab terima sumbangan boleh tambah bayar yuran, buat tambah belanja makan bulan puasa belikan untuk anak," kata seorang lagi penerima sumbangan, Norhaliza Ismail.

Selain wang tunai mereka turut menerima kotak infaq rezeki, kurma dan naskhah al-Quran.

(200 keluarga terima sumbangan Sinar Kasih Ramadan)

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Semasa
  • Hits: 19